Bermaaf-Maafan Di Adilfitri

Bermaaf-Maafan Di Adilfitri
Kepada semua teman2 Salam lebaran untuk semua walau di mana jua anda berada. Moga ceria dan gembira menyambut Syawal bersama keluarga yang dikasihi dan disayangi. Saling menghulur salam bermaaf-maafan. Hilangkan curiga jauhkan prasangka. Berkekalan hendaknya siratulrahim yang terjalin ...InsyaAllah. Dengan segala kerendahan hati, izinkanlah saya memohon maaf lahir dan batin atas segala tingkah laku dan tutur kata yang kurang berkenan di hati. Tiada pemberian yang terindah selain kata maaf. Tiada perbuatan yang termulia selain memaafkan.
Seorang pernah berkata ~ Dalam hidup ini, kita akan jatuh cinta banyak kali. Tapi akan tiba suatu ketika, di mana kita akan berhenti dan benar-benar jatuh cinta buat ke sekian kalinya. Berbahagialah buat mereka yang menemui cinta sejati mereka, kerana bukan semua orang sebegitu bertuah untuk mendapatkannya…

Benarkah kata-kata ini? Apa yang pasti, kita yang dikurniakan dengan akal fikiran yang lengkap, kadang-kadang terlalu mudah jatuh cinta, dan terlalu mudah pula mengungkapkannya. Sehingga cinta menjadi sesuatu yang terlalu murah dan bisa diperolehi di tepi-tepi jalan. Alangkah sadisnya…

Cintakah namanya, apabila hati ingin memiliki? Cintakah namanya, apabila perasaan ingin menguasai? Sebagaimana persahabatan, cinta umpama pasir yg berada di genggaman. Digenggam terlalu erat, pasir akan jatuh ke tanah perlahan-lahan. Tapi dibiar tenang, ia bisa menjadi monumen yang mengkagumkan.

Seseorang yang lain berkata ~ Jika kamu mencintai, lepaskan dia, dan biarkan dia menjadi apa yang dia inginkan, di mana, bila, dan bagaimana, mengikut kehendaknya sendiri.

Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan dia semula padamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cinta itu tidak pernah dihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu.

Cinta yang sebenar, berdiri atas dasar misteri, berdikari dan sangat berani. Tidak memiliki kewarganegaraan, tidak meminta belaan, dan tidak gentar dengan peraturan.

Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana janji. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana terpaksa. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana setia.

Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta hanya kerana cinta.

Hanya kerana CINTA…

Thursday, August 18, 2011

Selamat Menyambut Hari Labaran

Selepas hampir sebulan kita berpuasa, menahan lapar dan dahaga, mengerjakan amal ibadat sebanyak mungkin, akhirnya tiba jua ke penghujungnya, saat yang ditunggu-tunggu kepada semua umat islam di seluruh pelusuk dunia, iaitu hari Aidilfitri, Ianya tanda kemenangan kita dalam pertembungan antara akal dan nafsu. Dengan berpuasa akal kita berjaya untuk mengawal nafsu.Kejayaan ini haruslah kita sambut dengan rasa syukur ke hadrat Ilahi.


Di kala kita bergembira, jangan lupa memanjat doa kepada insan-insan yang tidak bernasib baik seperti kita. Insan-insan seagama yang didalam peperangan, di dalam situasi sukar untuk mendapatkan sesuap nasi, di dalam situasi duka lara di atas kehilangan insan-insan tersayang, di dalam situasi yang hidup bersendirian yang mana tiada sanak saudara untuk dikongsi kegembiraan bersama-sama. Panjatkan doa agar kuatkan iman mereka dalam menempuh hari-hari sukar dan cebiskan sedikit perasaan gembira di hati mereka di hari yang mulia ini.


Kepada pengunjung blog ini yang beragama Islam, di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari lebaran dan maaf zahir batin. Semoga anda semua bergembira di hari lebaran ini dan jangan lupa untuk menghargai nyawa anda dan nyawa orang lain. Berhati-hatilah ketika memandu, bertolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain. Jangan lah disebabkan kelalaian dan kesilapan kita, ada insan lain yang bersedih di atas sikap anda itu. Gunakan akal sebaik-baiknya ketika memandu dan jangan ikutkan nafsu.

No comments:

Post a Comment