Bermaaf-Maafan Di Adilfitri

Bermaaf-Maafan Di Adilfitri
Kepada semua teman2 Salam lebaran untuk semua walau di mana jua anda berada. Moga ceria dan gembira menyambut Syawal bersama keluarga yang dikasihi dan disayangi. Saling menghulur salam bermaaf-maafan. Hilangkan curiga jauhkan prasangka. Berkekalan hendaknya siratulrahim yang terjalin ...InsyaAllah. Dengan segala kerendahan hati, izinkanlah saya memohon maaf lahir dan batin atas segala tingkah laku dan tutur kata yang kurang berkenan di hati. Tiada pemberian yang terindah selain kata maaf. Tiada perbuatan yang termulia selain memaafkan.
Seorang pernah berkata ~ Dalam hidup ini, kita akan jatuh cinta banyak kali. Tapi akan tiba suatu ketika, di mana kita akan berhenti dan benar-benar jatuh cinta buat ke sekian kalinya. Berbahagialah buat mereka yang menemui cinta sejati mereka, kerana bukan semua orang sebegitu bertuah untuk mendapatkannya…

Benarkah kata-kata ini? Apa yang pasti, kita yang dikurniakan dengan akal fikiran yang lengkap, kadang-kadang terlalu mudah jatuh cinta, dan terlalu mudah pula mengungkapkannya. Sehingga cinta menjadi sesuatu yang terlalu murah dan bisa diperolehi di tepi-tepi jalan. Alangkah sadisnya…

Cintakah namanya, apabila hati ingin memiliki? Cintakah namanya, apabila perasaan ingin menguasai? Sebagaimana persahabatan, cinta umpama pasir yg berada di genggaman. Digenggam terlalu erat, pasir akan jatuh ke tanah perlahan-lahan. Tapi dibiar tenang, ia bisa menjadi monumen yang mengkagumkan.

Seseorang yang lain berkata ~ Jika kamu mencintai, lepaskan dia, dan biarkan dia menjadi apa yang dia inginkan, di mana, bila, dan bagaimana, mengikut kehendaknya sendiri.

Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan dia semula padamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cinta itu tidak pernah dihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu.

Cinta yang sebenar, berdiri atas dasar misteri, berdikari dan sangat berani. Tidak memiliki kewarganegaraan, tidak meminta belaan, dan tidak gentar dengan peraturan.

Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana janji. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana terpaksa. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana setia.

Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta hanya kerana cinta.

Hanya kerana CINTA…

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Berhari Raya

KinabaluFM Mengucapkan Selamat Berhari Raya

No comments:

Post a Comment