Bermaaf-Maafan Di Adilfitri

Bermaaf-Maafan Di Adilfitri
Kepada semua teman2 Salam lebaran untuk semua walau di mana jua anda berada. Moga ceria dan gembira menyambut Syawal bersama keluarga yang dikasihi dan disayangi. Saling menghulur salam bermaaf-maafan. Hilangkan curiga jauhkan prasangka. Berkekalan hendaknya siratulrahim yang terjalin ...InsyaAllah. Dengan segala kerendahan hati, izinkanlah saya memohon maaf lahir dan batin atas segala tingkah laku dan tutur kata yang kurang berkenan di hati. Tiada pemberian yang terindah selain kata maaf. Tiada perbuatan yang termulia selain memaafkan.
Seorang pernah berkata ~ Dalam hidup ini, kita akan jatuh cinta banyak kali. Tapi akan tiba suatu ketika, di mana kita akan berhenti dan benar-benar jatuh cinta buat ke sekian kalinya. Berbahagialah buat mereka yang menemui cinta sejati mereka, kerana bukan semua orang sebegitu bertuah untuk mendapatkannya…

Benarkah kata-kata ini? Apa yang pasti, kita yang dikurniakan dengan akal fikiran yang lengkap, kadang-kadang terlalu mudah jatuh cinta, dan terlalu mudah pula mengungkapkannya. Sehingga cinta menjadi sesuatu yang terlalu murah dan bisa diperolehi di tepi-tepi jalan. Alangkah sadisnya…

Cintakah namanya, apabila hati ingin memiliki? Cintakah namanya, apabila perasaan ingin menguasai? Sebagaimana persahabatan, cinta umpama pasir yg berada di genggaman. Digenggam terlalu erat, pasir akan jatuh ke tanah perlahan-lahan. Tapi dibiar tenang, ia bisa menjadi monumen yang mengkagumkan.

Seseorang yang lain berkata ~ Jika kamu mencintai, lepaskan dia, dan biarkan dia menjadi apa yang dia inginkan, di mana, bila, dan bagaimana, mengikut kehendaknya sendiri.

Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan dia semula padamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cinta itu tidak pernah dihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu.

Cinta yang sebenar, berdiri atas dasar misteri, berdikari dan sangat berani. Tidak memiliki kewarganegaraan, tidak meminta belaan, dan tidak gentar dengan peraturan.

Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana janji. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana terpaksa. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana setia.

Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta hanya kerana cinta.

Hanya kerana CINTA…

Tuesday, March 8, 2011

Sambutan Hari kemerdekaan ke 54 ditunda 16hb September 2011

Seperti biasa setiap tahun Negara kita, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31hb Ogos. Namun pada tahun ini Sambutan Hari kemerdekaan ke 54 pada tahun 2011 akan ditunda ke tarikh 16hb September dimana ianya akan diadakan serentak dengan Hari Malaysia.

Menurut sumber dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Ianya adalah disebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada penghujung Ramadan. Bukannya apa hujung bulan puasa mana orang sibuk nak menyambut raya, mana nak menyambut kemerdekaan. Jadi dah berganda pulak sambutan perayaan tahun nie. Hari Raya dan Hari Kemerdekaan.

Lokasi sambutan hari Kemerdekaan ke 54 pada tahun ini belum lagi ditetapkan tetapi berkemungkinan akan diadakan di Dataran merdeka.

Tema Hari Kemerdekaan Ke 54 tahun 2011

Tema Hari Kemerdekaan Ke 54 tahun 2011 adalah:

“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

(Tema Hari kemerdekaan ke 53 pada tahun lalu ialah “1 Malaysia Menjana Transformasi”)

Program Keceriaan Sempana Hari Kemerdekaan Ke 54 tahun 2011

Fokus utama : Pengibaran Jalur Gemilang di kawasan, bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.

Tujuh kategori yang dipertandingkan:

bangunan kerajaan
bangunan swasta,
kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan Estet, Felda),
sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan),
taman perumahan,
individu
pintu gerbang.
Tarikh pelaksanaan / pengibaran Jalur Gemilang : 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos,

Penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah. Maklumat lanjut mengenai pertandingan Hari Kemerdekaan Ke 54 itu boleh didapati di laman web Jabatan Penerangan.

___________________________________________________________________

1. BAIK HATI

1.1. Belas kasihan - bersimpati terhadap kesusahan orang lain
1.2. Bertimbang rasa – mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain.
1.3. Murah hati – memberi bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan.
1.4. Saling memahami – sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain.
1.5. Saling bermaafan – sanggup meminta maaf dan memaafkan.

2. BERDIKARI

2.1. Berupaya bertindak sendiri – sanggup danboleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain.
2.2. Yakin kepada diri sendiri – percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba.

3. BERHEMAH TINGGI

3.1. Kesopanan – berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan.
3.2. Mengakui kesilapan sendiri – sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.
3.3. Ramah mesra – sedia bergaul mesra dengan semua orang.

4. HORMAT

4.1. Hormat dan taat kepada ibu bapa dan penjaga-memulia dan patuh kepada mereka.
4.2. Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan jiran dan pemimpin– menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka.
4.3. Hormat kepada kerajaan dan negara – menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara.
4.4. Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum – menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum.
4.5. Patuh kepada undang-undang – mematuhi undang-undang setiap masa.

5. KASIH SAYANG

5.1. Sayang diri sendiri dan orang lain–menyayangi diri sendiri dan orang lain.
5.2. Sayangkan alam sekitar – Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.

6. KEADILAN

6.1. Adil – Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian.
6.2. Saksama – tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan.

7. KEBEBASAN DI SISI UNDANG-UNDANG

Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyuarakat negara dan agama.


No comments:

Post a Comment